Sunday, February 23, 2014

Road To Oil And Gas

Teks : Amir Azli bin Mohd Al Kharid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya telah menerima beberapa email dari pembaca mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk menceburi dalam bidang oil and gas. Seperti yang saya pernah ceritakan pada post sebelum ini, sektor ini agak sukar ditembusi kerana pelbagai faktor seperti kritikaliti, risiko kemalangan, kemahiran dan jumlah pengalaman yang diperlukan.


Walaubagaimanapun, sektor ini sering menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir disebabkan perpindahan tenaga mahir ke luar negara, kurang generasi pelapis yang berpengalaman, kurang pendedahan dalam masyarakat dan sekatan tenaga mahir luar.

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menembusi bidang ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, pengamatan dan soal-selidik dengan orang-orang di dalam industri ini:



1. Biasiswa dari Syarikat Oil and Gas
Cuba untuk memohon biasiswa dari syarikat-syarika yang berkaitan dengan Oil and Gas kerana anda perlu berkhidmat dengan syarikat tersebut dalam tempoh tertentu selepas graduasi. Ini merupakan jalan paling mudah untuk menyertai syarikat tersebut kerana sebelah kaki anda sudah berada di dalam organisasi tersebut semasa anda masih belajar lagi.
Walaubagaimanapun, ada perlu melepasi syarat kelayakan untuk memohon seperti keputusan CGPA yang bagus dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Cara ini merupakan pengalaman penulis sendiri.

2. Apperantice / Management Trainee Program
Kebanyakan syarikat besar mempunya program Apperantice atau Management Trainee untuk melatih bakat-bakat baru dalam organisasi mereka. Anda akan diikat dalam tempoh tertentu seperti 2 tahun dan ditempatkan di jabatan-jabatan yang kritikal seperti Project Team, Kejuruteraan dan sebagainya. Mungkin anda akan ditawarkan elaun yang rendah berbanding gaji biasa, tetapi anda berpeluang untuk belajar 'hands-on' dalam disiplin tersebut dan ditawarkan untuk jawatan tetap sekiranya anda menunjukkan prestasi yang bagus dan sikap yang cemerlang semasa latihan.

3. Internship / Latihan Industri
Ambil peluang untuk menonjolkan diri semasa menjalani latihan industri. Kebiasaannya pengurus akan lebih selesa mengambil pekerja yang dikenali dan terbukti mempunyai prestasi yang baik daripada cuba mengambil pekerja yang tidak dikenali. Ramai juga dari rakan-rakan saya yang terus diambil berkerja selepas menamatkan pengajian kerana prestasi yang cemerlang semasa latihan industri. Adalah malang sekiranya latihan industri sekadar dijalani sebagai pelengkap program ijazah/diploma.

4. Career Fair
Pastikan anda mempunya teknik menyediakan resume yang mantap dan rajin-rajin mengunjungi Career Fair. Sememangnya syarikat-syarikat yang menyertai career fair mahu mengambil pekerja baru, cuma bagaimana untuk memastikan resume anda menonjol berbanding ratusan resume yang dihantar. Walaubagaimanapun, 'penonjolan' tersebut haruslah menampakkan profesionalisme dan bukan seperti resume sarkis.



5. Professional/Technical Course
Ada banyak technical course yang berkaitan dengan oil and gas seperti berikut:
- kursus inspection (welding, NDT-UT/MPI/DPI/PAUT/Phase Array, pipeline, vessel)
- kursus elektrikal (chargeman,wiring)
- kursus welding (structure, piping)
- kursus safety (HSE officer)
- kursus radiography (radiographer, interpretor)
- kursus design (autocad, PDMS, BOCAD, X-Steel)
Kursus-kursus ini adalah 'supplimen' kepada ijazah / diploma dan meningkatkan kebarangkalian untuk diterima bekerja dalam oil and gas. Ada banyak institut yang menawarkan kursus-kursus teknikal seperti ADTEC, ILP, TWI, DOSH, TATI dan SIRIM. 

6. Connection from inside
Connection yang dimaksudkan bukan sekadar terbatas kepada hubungan keluarga sahaja. Ia boleh jadi senior anda semasa belajar atau sama-sama menyertai persatuan atau kelab. Jadi sentiasa bina hubungan yang baik dan bina networking semasa anda di universiti/kolej lagi. Anda juga boleh menyertai group-group profesional seperti di Facebook dan Linkedin untuk mengetahui peluang-peluang kerja yang ada.
 

7. Bermula dari bawah
Sebawah mana yang diperlukan bergantung kepada tahap anda sendiri. Ada yang bermula dari helper di site, dan kemudian menjadi welder, foreman, inspector, superintendent dan manager. 
Ada juga yang bermula dari technician dan sentiasa upgrade diri untuk meniti ke tahap yang lebih tinggi sehingga menjadi 'expert' dalam bidang masing-masing. Mempunyai segulung ijazah bukanlah tiket yang boleh menjamin anda diterima berkerja dalam sektor ini. 

8. Relevent Diploma / Degree Course
 Jurusan-jurusan teknikal lebih digemari seperti elektrikal, mekanikal, manufacturing, architectural, chemical, automotive dan aerospace.

9. Sub-Contractor
Sekiranya anda tidak berjaya menempatkan diri di syarikat kontraktor utama mahupun client, anda patut memulakan langkah dengan menyertai syarikat sub-contractor. Sebenarnya anda akan lebih banyak belajar dan menimba lebih pengalaman 'hands-on' dengan syarat anda mempunyai sikap yang positif, tahap ketahanan diri yang tinggi dan sentiasa mahu meningkatkan kemahiran diri. Apabila cukup pengalaman dan ada peluang, lompat ke kontraktor utama dan seterusnya syarikat client, atau anda mampu memiliki syarikat anda sendiri. 

10.Online Recruiter
Ledakan teknologi memudahkan kita mendapat akses kepada peluang-peluang kerja samada dalam dan luar negara. Buka akaun Linkedin dan bina networking dengan recruiter-recruiter yang turut terdapat di situ. Anda juga boleh mendaftar di online database seperti web Oil and Gas Jobs atau terus di database syarikat-syarikat client atau kontraktor utama, disamping syarikat manpower agency seperti Soft Triangle, Interglen, Petronic, Oceancare, Carimin, Jr Constructions dan banyak lagi.

6 comments:

  1. Saya ingin bertanya tentang management trainee. Saya telah mendapat offer bekerja di Carimin sebagai management trainee dan ada bond selama 2 tahun serta ditawarkan rm2000 sebulan. Adakah patut saya terima?Sekadar bertanya moga Encik dapat berkongsi pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya kerana lambat untuk respons. saya harap jawapan saya masih releven.
      bagi freshie, sebarang peluang ke syarikat yang berkaitan oil and gas tidak harus dilepaskan..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Also it's not common to see both husband & wife have interest in investment. I'm just curious to know whether both of you share the same portfolio or invest separately : Oil and gas company in Calgary, Alberta

    ReplyDelete