Saturday, February 22, 2014

Dunia Kualiti - Dimensional Surveyor




Semasa pembinaan struktur pelantar minyak, ketepatan ukuran adalah sangat penting untuk memastikan integrity dan imbangan struktur mengikut spesifikasi projek. Bayangkan pelantar minyak yang senget sebelah atau saiz yang tidak simetrikal antara kiri dan kanan.
Sebarang kesilapan yang kecil boleh menyebabkan malapetaka yang besar sekiranya tidak dipantau dari awal projek lagi.







Oil and Gas, Jejak Orang Minyak
Gambar carian Google


Ketepatan ukuran dikira sehingga toleransi (mungkin berbeza mengikut projek):

+ 19 mm untuk ‘diagonal’ (pepenjuru)
+ 13 mm untuk dimensi (column to column)
+ 10 mm utk jarak keseluruhan
+ 06 mm untuk levelling (keseimbangan)
+ 01 mm per 1 meter untuk ‘verticality’ (menegak) 
Antara orang yang paling penting memastikan setiap ukuran dalam julat toleransi dipanggil Dimensional Surveyor. Alat yang digunakan pula dipanggil Total Station atau EDM yang boleh digunakan untuk mengukur sehingga sejauh 5 batu bergantung kepada ‘reflactor’ yang digunakan.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman seorang otai dalam bidang dimensional control iaitu En. Rahmat Ithnin. Ikuti kisah beliau yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda.

Oil and Gas, Jejak Orang Minyak
En. Rahmat semasa bertugas menggunakan Total Station

Nama : Rahmat Bin Ithnain

Latar belakang  pendidikan :
Setelah tampat menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1979 , saya memohon memasuki ke Sekolah Teknik dan permohonan saya diterima. Saya telah ditawarkan belajar di Sekolah Teknik Melaka didalam kursus Binaan Bangunan pada tahun 1980. Di sinilah bermulanya minat saya  di dalam bidang kerjaya yang saya ceburi sekarang ini. Di sekolah Teknik kami diajarkan beberapa subjek tambahan  teknikal seperti Binaan Bangunan, Lukisan Teknik dan Bangunan dan Ukur Tanah .

Setelah menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1981 saya memohon menyambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia di dalam jurusan Ukur Tanah. Saya menamatkan pembelajaran saya di UTM pada tahun 1986 dengan mendapat Diploma in Land Surveying.



Jawatan Sekarang :
Senior Superintendent – Dimensional Control Survey

Tugas dan Tanggungjawab :
  • Memastikan segala kerja-kerja pemasangan binaan (structure) adalah mengikut ukuran seperti di dalam Lukisan Kejuteraan ( Engineering Drawing) agar tidak melebihi selisih (Tolerance)  yang dibenarkan merujuk kepada Spesifikasi  (Specification) yang ditentukan.
  • Mengatur kerja DC Surveyor di bawah jagaan dan menyelesaikan segala masalah yang berkenaan pengukuran.
  • Memastikan semua peralatan kerja ukur sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan dikalibrasi.


Pengalaman bekerja :
Chan Kam Swee Construction Sdn.Bhd. beralamat  di Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur adalah merupakan Syarikat pertama saya bekerja. Syarikat ini menjalankan kerja-kerja memotong dan menambak Tanah( Earthwork). Tugas diberikan adalah sebagai Juruukur Tanah.
Ada beberapa Syarikat lain yang telah saya bekerja antaranya Syarikat Juruukur Prima , Syarikat Juruukur Consultant dan Syarikat Urus Ukur.
Untuk menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang ukur , saya telah bekerja di Singapura bersama  Syarikat Jepun antaranya Obayashi, Sumitomo dan Penta Ocean. Antara projek yang saya telah terlibat di Singapura antaranya  Pembinaan Bangunan Tinggi ( Highrise building), Pembinaan Bangunan Pejabat serta Apartment dan Komplek Petrochemical (Singapore Petrochemical plant Complex) di Pulau Jurong.
Setelah tamat kontrak kerja di Singapura selama 3 tahun , saya bekerja dengan sebuah Syarikat binaan . Salah satu projeknya adalah memasang rail di Dermaga kapal di MSE. Di sinilah bermulanya kerjaya saya didalam bidang Minyak dan Gas setelah berjumpa kawan-kawan lama sewaktu di sekolah yang lebih awal menceburi bidang Minyak dan Gas.


Antara pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan sewaktu mengikuti program Team Building yang dianjurkan oleh Syarikat Sime Darby Engineering Sdn.Bhd. Dengan menghadiri program  tersebut saya dapat mengenali diri sendiri dan mendapat ramai kawan. Program itu telah banyak membantu melancarkan urusan kerja saya seharian.
Cukup di sini saja yang dapat saya kongsikan. Saya boleh dihubungi melalui HP dan email seperti berikut:
Sekian Terima kasih.


4 comments:

  1. Dimensional control surveyor adalah salah satu kerjaya impian saya
    -Graduan politeknik (Diploma Geomatrik)-

    ReplyDelete
  2. Moga Akmal berjaya mencapai impian sebagai dimensional surveyor

    ReplyDelete
  3. perempuan bolehke jadi dimensional control surveyor? sebab sekarang saya habis diploma ukur tanah atau lebih dikenali sebagai diploma geomatik. insyaallah ada rezeki saya akan sambung degree dalam bidang yang sama

    ReplyDelete
  4. Insya Allah boleh, kena kuatkan fizikal dan tekad hati, mungkin akan bekerja dalam persekitaran yang mencabar

    ReplyDelete