Teks : Amir Azli Mohd Al-Kharid
Dalam dunia minyak dan gas, secara umumnya terdapat beberapa segmen yang boleh diceburi. Setiap segmen mempunyai cabarannya yang tersendiri. Antara segmen tersebut ialah:
1. FEED-Front End Engineering Design
2. Topside and Jacket Fabrication and Construction
3. Transportation and Installation
4. Hook up and Commissioning
5. Drilling
6. Operation and Maintenance
7. Platform Modification / Rejuvenation / Revamp
8. Plant
Huraian asas untuk setiap segmen seperti berikut:
1) FEED - Front End Engineering Design
FEED merupakan barisan pertama dalam sesuatu projek. Antara tugas segmen ini adalah merekabentuk projek dari segi sktruktur, perpaipan, elektrik, instrumen, mekanikal, arkitektural dan lain-lain. Kepakaran mereka sangat penting dalam menentukan kejayaan projek kerana jika salah rekaan dari awal akan mengundang bencana yang besar kepada projek.
Bagi yang berminat untuk menyertai segmen ini perlu mempelajari beberapa 'software' mengikut disiplin yang disertai seperti 'Auto CAD', 'PDMS', 'X-Steel', 'BOCAD', 'Caesar' dan lain-lain. Antara kerjaya yang terlibat adalah seperti 'Draftsman', 'Designer', 'Engineer' dan 'PDMS Operator'. Output dari segmen ini ialah lukisan kejuruteraan (Drawing) yang akan digunakan dalam proses pembinaan. Syarikat yang terkenal ialah seperti Aker, Technip dan Ranhill Warley Parson (RWP)
2) Topside and Jacket Fabrication and Construction
Segmen kedua dalam projek yang merealisasikan sesuatu rekaan dari 'drawing' ke kawasan limbungan atau dipanggil 'site'. Ianya membuka banyak peluang kerja seperti 'helper', 'welder', 'fitter', 'foreman', 'technician', 'supervisor', 'superitendent',
'chargeman', 'inspector', dimensional surveyor', 'engineer' dan banyak lagi. Pihak yang terlibat meliputi 'Main Contractor', 'Sub-Contractor', 'Supplier', 'Vendor', dan 'Client'.
Kerja-kerja pembinaan bermula dari sekeping besi yang dipotong sehinggalah menjadi sebuah struktur pelantar minyak dan dilengkapi dengan pelbagai mesin dan instrument untuk membolehkan pelantar tersebut berfungsi di ' field' yang telah dikenalpasti lebih awal.
3) Transportation and Installation
Setelah sesuatu pelantar atau 'jacket' siap dibina, struktur tersebut akan dihantar ke 'field' yang telah ditetapkan. Penghantaran biasanya menggunakan 'barge' yang mampu menampung berat keseluruhan struktur binaan pelantar tersebut. Proses ini sangat rumit dan kritkal kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan struktur yang telah dibina berbulan-bulan lamanya akan hilang di tengah lautan. Proses pemasangan (Installation) juga perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan ketepatan lokasi dan berhadapan dengan cabaran lautan yang bergelora dan cuaca yang tidak menentu.
4) Hook up and Commissioning
'Hook up' meliputi kerja-kerja akhir seperti penyambungan paip dari pelantar ke 'resevoir' minyak atau gas di dalam dasar lautan. Biasanya kerja-kerja yang tertunggak ataupun 'punchlist' juga akan disiapkan semasa aktiviti 'hook up'.
Sebelum sesuatu pelantar minyak dibenarkan beroperasi atau mendapat 'first gas' atau 'first oil', keseluruhan sistem dalam pelantar tersebut perlu diuji. Aktiviti ini disebut 'Commissioning' dan sangat penting untuk memastikan aspek keselamatan dan keseluruhan sistem operasi berfungsi. Kegagalan operasi selama satu hari boleh menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit dan boleh mengakibatkan bencana kemalangan yang dahsyat.
5) Drilling
Apabila pelantar siap dipasang pada lokasi yang ditetapkan, kerja-kerja 'drilling' akan dilakukan. Drilling bermaksud penggerudian ke kawasan bekalan simpanan minyak atau gas di bawah lantai laut.
Aktiviti ini sangat bahaya kerana melibatkan tekanan yang tinggi dari dalam perut bumi dan boleh juga mengakibatkan bencana dengan sedikit kesilapan. Kepakaran yang tinggi sangat diperlukan dan biasanya mereka yang terlibat mendapat bayaran yang sangat lumayan. Oleh itu hanya pekerja yang berpengalaman dan diakui kepakarannya terlibat dalam aktiviti-aktivit drilling.
6) Operation and Maintenance
Operasi pelantar minyak di tengah laut memerlukan krew-krew yang terlatih dan mempunyai kepakaran tertentu. Biasanya mereka akan tinggal di 'Living Quaters' selama beberapa minggu atau bulan dan kemudian bercuti agak lama mengikut kontrak kerja mereka. Kehidupan di tengah laut memerlukan ketahanan mental yang tinggi dan perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana operasi pengeluaran minyak dan gas melibatkan risiko yang tinggi. Oleh sebab itu pendapatan yang diterima juga agak lumayan berbanding berkerja di atas darat.
7. Platform Modification / Rejuvenation / Revamp
Sesuatu pelantar minyak mempunyai jangka hayat tertentu dan mungkin memerlukan pengubahsuaian berdasarkan keperluan semasa. Oleh itu syarikat pengendali pelantar akan melantik kontraktor yang berpengalaman dalam kerja-kerja tersebut. Biasanya mereka yang terlibat dengan akitiviti ini akan tinggal di atas 'barge' dan perlu berkerja dengan efisen dan pantas. Aktiviti ini perlu dilakukan dengan perancangan yang teliti kerana melibatkan pelantar yang 'hidup'. Kontraktor yang terlibat perlu memastikan semua peralatan dan barang yang diperlukan bagi memastikan kerja dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
8. Plant
Hasil dari minyak dan gas akan diproses di 'plant'. Kerjaya di 'plant' melibatkan kerja-kerja 'operation' dan juga kerja-kerja pengubahsuaian sama seperti di atas pelantar minyak. Aktiviti di plant juga melibatkan risiko yang tinggi dan melibatkan prosedur keselamatan yang ketat. Hanya mereka yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang tertentu dibenarkan berkerja di 'plant'. Kerjaya di 'plant' juga memberikan pendapatan yang lumayan setimpal dengan kepakaran yang dimiliki oleh individu terbabit. Mereka yang lama berkerja di 'plant' perlu mengikut peraturan keselamatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pendedahan kepada bahan kimia yang berbahaya.
Walaupun negara kita telah lama terlibat dengan aktiviti minyak dan gas, Malaysia masih memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan berkepakaran tinggi. Akan tetapi, kita masih lagi mengharap kepada tenaga mahir asing terutamanya dalam bidang kejuruteraan kerana kurangnya pendedahan dan minat dari generasi muda. Adalah sangat merugikan jika industri yang bernilai berbilion ringgit ini dikuasai oleh rakyat asing sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang berkebolehan dan mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya. Semoga usaha saya yang kecil ini dapat memberi pendedahan dan akhirnya menarik minat generasi muda agar sama-sama membangunkan negara menerusi dunia minyak dan gas.
Saya berminat tapi masih belum diberi peluang
ReplyDelete