Tuesday, November 5, 2013

Dunia Kualiti - "Structural Inspector"


Teks : Mohd Hafiz bin Mohammad Radzi

 Assalammualaikum

Nama saya Mohd Hafiz. Nama gelaran dlm bidang oil n gas ni NED.. Kenapa Ned?? Jgn Tanya… hahaha.

Dulu study di MALAYSIA FRANCE INSTITUTE (UNIKL-MFI), Diploma Engineering Technology in Welding (WT). Pada permulaannya, tak sangka pulak nak cebur diri dalam Oil and Gas sebab WT ni boleh jadi bercabang-cabang haluan dia. Construction boleh, Oil & gas boleh, Automotif, Aircraft dan lain-lain. Jadi, masa belajar di MFI dulu boleh dikatakan bagus, sebab disamping belajar dalam kelas, pelajar di beri latihan di bengkel. Kite boleh mengendali mesin-mesin welding dan semestinya welding. Kalau betul-betul minat welding, memang tak akan rasa bosan. Sebab akan diberikan Test Coupon (plate atau pipe) untuk kita belajar welding. Nanti penilaian pun ada untuk hasil kerja welding kita. Di MFI kita akan belajar bahasa Perancis. Nasihat saya, kuasai lah bahasa tu. Sebab kita dah bayar untuk belajar bahasa tu. Berguna ke bahasa Perancis ni? Bukan kerja kat Perancis pun. Nanti saya ceritakan kenapa bagusnya bahasa Perancis (French) ni. Tungguuuu…. tempoh untuk belajar di MFI ni mengambil 3 tahun untuk course Diploma. Siapa-siapa yang nak lanjutkan pelajaran ke Degree pun bagus juga. MFI ada Course Bachelor melibatkan Welding Technology.

 Ni link untuk ke MFI bahagian welding  Klik sini

Lepas habis MFI, saya mendaftarkan diri ke Puspatri untuk menyertai  program INSEP. Insep ni untuk lepasan diploma yang ingin mengenali dengan lebih dalam tentang program-program yang di tawarkan. Saya mengambil program WELDING INSPECTION. Program ni mengambil masa selama 2 bulan, dan sebulan untuk latihan industry. Yang bagusnya INSEP ni, dia menawarkan sijil PCN-Welding Inspector (WI) Level 2. (PCN- Personal Certificate in Non Destructive Testing). Bagusnya sijil ni, ia memudahkan kita untuk mendapat kerja di sector Oil and Gas. Dalam course ni, dia menerangkan dengan lebih detail tentang Inspection. Bak kata, semua mengenai welding, inspection, NDT (Non- Destructive Testing), Testing, Welding machine, etc. Nanti dihujung program ada ujian untuk peserta. Kalau lulus, nanti pihak MINDT akan issue certification Welding Inspector Level 2 untuk peserta. Sijil ni direct dari UK (United kingdom). Ujian dia agak susah tapi kalau kita focus kat lecturer. Lecturer akan bagi hint ape yang akan masuk dalam ujian tu nanti. So, Stay Focus!!!.. 

 Ni link puspatri . Klik Sini

 Lepas dah dapat cert PCN-WI Level 2. Bermula la alam pekerjaan saya di Victor Buyck Steel Construction Sdn Bhd (VBSC) dengan gaji RM1500.00 sahaja. Jangan pikir gaji sangat kalau nak belajar. So, rajin-rajin la OT (overtime). Company ni secara umumnya buat steel construction. Dah nama company pun steel construction. Project yang saya terlibat memang banyak. Contohnye, SIDRA Tree-Qatar, Keystone Cement-USA, Additional Platform, dan banyak lagi. Dekat sini la saya bermula menjadi QC Inspector. Fuhh… memang mencabar. Disebabkan company ni sub-contractor, memang letih TETAPI, kita akan banyak belajar. Saya diajar untuk aplikasi apa yang saya belajar tu ke dunia reality. Memang akan banyak buat silap dan semestinya akan mendapat kata-kata” hikmat” dari supervisor. Apa yang penting, kita set dalam diri kita, SAYA NAK BELAJAR, SAYA NAK BELAJAR. Jangan putus asa. Ada jugak masa saya nak putus asa dah sebab dah tak tahan asik kena kata-kata “hikmat” ni, tapi gagahkan jugak sebab nak majukan diri. Disini saya di ajar cara-cara inspection. Ada banyak stages dalam inspection ni. So, flow dia:

                                                             MRI        - Material Receiving Inspection
                                                                |
                                                               V
                                                            MVR      - Material Verification Record
                                                                |          
                                                               V
                                                     Fit-up Inspection
                                                                |          
                                                               V
                                                   Parameter Checklist 
                                                                |                                                                                                                                                                V
                                                      Visual Inspection

Bagusnya company ni. Dia akan bagi iterlibat dalam semua tugasan. Material receiving sampai la painting. Contoh satu project yang saya involve SIDRA TREE QATAR.  Ni gambar ilustrasi dia.

                                                              
Ni di panggil steel construction. Kita akan buat 'can by can,. Lepastu pasang mcm lego. 'Can' dia di buat di VBSC. So, project ni jumpa macam-macam client dan supervisor termasuk lah client dari Eropah. Masa ni la saya menggunakan bahasa Perancis tu bagi berinteraksi dengan dia. Boleh cakap pun sikit-sikit, rugi tak belajar Perancis betul-betul. Orang Eropah ni, kalau kita boleh cakap bahasa dia, dia kemain seronok lagi. Macam orang Perancis pandai cakap melayu, mesti kita suka. Susah berinteraksi dengan dia bahasa Inggeris sebab dia cakap Inggeris pun bunyi macam Perancis. Hahahaha. Kalau nak ceritakan 'fabrication' project ni 100 muka surat tak abis, tapi project ni memang best. Disebabkan banyak project masuk di Malaysia saya tak dapat join team erection di Qatar, kalau tak dah pergi Qatar dah.

 Ni time erection.

Ni time painting

Ni final product dia.

Bila dah tengok final product dia memang puas hati walaupun tengok di gambar. Hehe. Semua gambar di ambil di internet.

Selama setahun saya bersama company ini, tapi banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat. Moto untuk fresh graduate ialah “JANGAN BODOH SOMBONG, TAK TAHU TANYA, TAPI JANGAN TANYA BENDA BODOH’. Maksud ungkapan ni. Apa yang kita tak tahu, kita research dulu, tak kira la dari internet or dari kawan2. Bila tak dapat jawapan jugak, Tanya supervisor or orang yang higher authority. Jangan tanya kosong tanpa research, memang nampak sangat yang kita malas dan tidak ada usaha sendiri.

Kemudian saya dapat tawaran bekerja di Transerve offshore industries SDN BHD di Lumut. Company Singapore tapi buka branch di Lumut. Gaji naik ke RM2800.00. Disini boleh demand gaji sikit sebab dah ada experience. Dekat sini saya buat Additional Living Quarters sahaja. Saya bersama company ni selama 9 bulan dan ditawarkan bekerja di MMHE untuk menyertai Project GUMUSUT KAKAP pada 2008. Saya bekerja di MMHE ni selama lebih kurang 3 tahun. Dan selepas itu bekerja di MMHE East pula untuk project KPOC. Di MMHE saya sebagai main contractor. Main contractor ni akan menjaga sub-contractor. Sebagai main-con, saya perlu menolong sub-con untuk mencapai target yang telah di rancang dan disamping itu mengikut prosedur yang telah di tetapkan oleh client. So, disini pengalaman sebagai main-con saya bermula. Nak tahu lebih lanjut kerja di MMHE bleh la contact saya di email saya di:

are_peace42@yahoo.com

Itu sahaja lah yang saya dapat share dengan awak semua. Kerja sebagai QC Inspector ni memang best and thrill. Tapi kita kena ada initiative untuk upgrade kan diri kita dan memahirkan diri kita dalam bidang inspection. Jangan cepat putus asa!!!..