Tuesday, February 18, 2014

Fabrication Yard : Tanah Bertapak Sebelum Sayap Dikembang

Teks : Amir Azli bin Mohd Al Kharid

Seumur hidup saya, belum pernah saya mendengar mengenai yard (atau limbungan dalam bahasa Melayu) sehinggalah saya menjalani latihan industri pada pertengahan 2005. Itupun kerana seorang teman rapat yang ditempatkan di Yard Sime Darby Engineering di Pasir Gudang. Agak bingung juga untuk memahami dan membayangkan bagaimanakah rupanya yard pembinaan. Takdir Allah yang maha besar telah menentukan kerjaya saya bermula di Yard.

Oil and Gas, Jejak Orang Minyak
Yard Sime Darby Engineering - Bermulanya Kerjaya Saya

Department QA/QC yang sentiasa diingati
Penulis bersama seorang otai inspector - Pak Din

Jika kita bersembang dengan kebanyakan otai-otai dalam oil and gas, boleh kata majoriti dari mereka bermula dari fabrication yard. Sama ada yang berkerja di dalam negara mahupun di luar negara, di situlah menjadi tapak semaian dan latihan sebelum mengembangkan karier masing-masing. Ramai yang bermula dari kosong sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Oleh sebab itu sangat berbeza antara mereka yang bermula dari bawah dengan mereka yang terus bermula dengan syarikat-syarikat besar.

 

Mereka yang bermula dari fabrication yard lebih memahami keperluan sebenar sesuatu projek berbanding dengan mereka 'hanya menghafal' specification atau standard-standard antarabangsa. Jadi, apa yang ada dalam fabrication yard?

Dalam satu projek pembinaan pelantar minyak, keseluruhan struktur dan kemudahan-kemudahan pelantar tersebut di bina di fabrication yard sebelum dihantar ke lapangan (offshore) yang telah dikenalpasti mempunyai simpanan minyak yang mencukupi untuk tempoh-tempoh tertentu. Pembinaan bermula dari pemotongan sekeping 'plate' sehinggalah pelantar berdiri tegak dan dilengkapi dengan sistem perpaipan, elektrik, instrumen, mekanikal, keselamatan dan lain-lain. Antara contoh-contoh pelantar minyak seperti berikut:





Oil and Gas, Jejak Orang Minyak
Gambar Carian Google - Pemasangan Pelantar di Offshore
1. CPP Platform - Central Processing Platform

2. WHP - Well Head Platform

3. Utility Platform

4. Compression Module

5. Living Quaters

6. Jacket (kaki kepada pelantar)
 




Setiap pelantar adalah unik kerana direka khusus untuk berdasarkan keperluan syarikat dan projek. Oleh itu, walaupun mereka telah berkerja selama 10 tahun, mereka akan sentiasa menjumpai perkara yang baru dalam projek. Adalah sangat penting untuk sentiasa meningkat kemahiran diri kerana setiap projek baru akan menjadi lebih mencabar dari segi pengurangan kos, perubahan teknologi, tempoh masa yang semakin singkat dan pertukaran tenaga mahir yang terlibat.





Berbalik kepada dunia yard, terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam sesuatu projek :

1. Client
    Pihak yang mengeluarkan projek seperti Petronas Carigali, Sarawak Shell Berhad, Exxon-Mobil dan    
    sebagainya. Pihak Client akan menganugerahkan sesuatu projek kepada syarikat kontraktor yang berjaya 
    dalam bidaan. Setiap client mempunya spesifikasi tersendiri yang perlu dipatuhi semasa projek berjalan.  
    Biasanya client tersebut yang akan menguruskan operasi pelantar minyak di lapangan (offshore)

2. Kontraktor Utama    
    Kebiasaannya yard dimiliki oleh kontraktor utama seperti MMHE di Pasir Gudang,THHE di Pulau Indah 
    dan Sapura Kencana di Lumut. Kontraktor utama yang bertanggungjawab kepada keseluruhan
    projek,merancang dan memastikan perjalanan projek mengikut tempoh masa dan kos yang ditetapkan.  
    Seterusnya, Kontraktor utama akan menganugerahkan bahagian-bahagian atau disiplin projek kepada 
    syarikat-syarikat sub-kontraktor supaya lebih efektif dari segi pengurusan dan kawalan kos.
  
3. Sub-Kontraktor
    Syarikat sub-kontraktor mempunyai skop yang lebih khusus mengikut disiplin masing-masing seperti 
    Structure, Piping, Mekanikal, Elektrikal&Instrument dan Blasting&Painting. Bagi mereka yang tiada 
    pengalaman atau tiada kursus teknikal dalam bidang oil and gas, lebih baik bermula dari syarikat 
    sub-kontraktor. Ini kerana, mereka boleh belajar dari asas untuk setiap disiplin dan memperoleh 
    kemahiran 'hands-on'.

4. Vendor
    Syarikat pembekal barang-barang dan peralatan kepada projek, samaada mereka adalah pengeluar 
    barangan/peralatan tersebut ataupun wakil kepada pengeluar.

Oil and Gas, Jejak Orang Minyak
Gambar Carian Google - Yard Sapura Kencana di Lumut

Gambar Carian Google - Yard THHE di Pulau Indah


Oleh kerana post ini berkaitan dengan yard, kita akan lebih fokus dengan Kontraktor Utama selaku pemilik dan pengendali sesebuah yard. Terdapat beberapa jabatan utama yang terlibat dalam perjalanan sesuatu projek:
  • Project Management Team (PMT)- tunjang sesuatu projek, bertanggungjawab menguruskan keseluruhan projek mengikut disiplin masing-masing. Prospek Kerjaya: Field Engineer, Discipline Engineer (contoh: Structural Engineer, Piping Engineer), Technician, Supervisor, Superitendent  
  • Engineering - mengeluarkan drawing dan membeli barang mengikut spesifikasi projek untuk digunakan semasa aktiviti fabrikasi dan pembinaan. Prospek Kerjaya : Design Engineer (mengikut disiplin seperti PMT), Drafter, Designer, PDMS operator/designer/engineer/administrator
  • Planning - mengeluarkan pelan perancangan projek secara khusus. Prospek Kerjaya : Planner
  • Quality Assurance/ Quality Control (QA/QC) - mengawalselia projek mengikut keperluan spesifikasi client. Terdapat beberapa sub-dispilin seperti audit (QA), inspection (QC), welding, Non-Destructive Test (NDT), Source Inspection (SI) dan Dimension Control (DC). Prospek Kerjaya : QA Engineer, QC Engineer, Welding Engineer, NDT Coordinator, Discipline Inspector, Technician, Document Control, UT Operator, MPI/DPI Technician, Radiographer, Radiographic Interpretor
  • Health Safety Environment (HSE) - memastikan projek berjalan tanpa sebarang kemalangan kepada nyawa, harta benda dan alam sekitar. Prospek Kerjaya : HSE Engineer, HSE Supervisor, HSE Coordinator
  • Commissioning - menguji setiap sistem dan peralatan sebelum operasi sebenar di lapangan. Prospek Kerjaya : Commisioning Engineer (mengikut disiplin), Technician, Supervisor
Pembinaan pelantar minyak juga terbahagi kepada beberapa disiplin seperti berikut:

1. Structure
2. Piping
3. Mechanical
4. Electrical & Instrument
5. HVAC
6. Blasting & Painting
7. Architectural

Oil and Gas, Jejak Orang Minyak
Suasana Yard di Waktu Malam
Jabatan-jabatan yang telah diterangkan sebelum ini akan terbahagi kepada disiplin- disiplin tersebut, sebagai contoh PMT structure, Engineering Piping atau Commissioning Mechanical. Jadi bagi mereka yang masih mencari-cari kerjaya dalam oil and gas di fabrication yard perlu mengetahui jabatan dan disiplin yang ingin disertai untuk memudahkan pemilihan kursus atau latihan yang diperlukan. Setiap disiplin memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang khusus melalui kursus-kursus teknikal dan yang paling penting pengalaman kerja. 




Jika anda masih kabur untuk memilih jabatan, tentukan disiplin yang diminati dahulu dan kemudian anda akan nampak jabatan mana yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan anda.

2 comments:

  1. Entry yang bagus tuan. Saya cuma mahu bertanya, apakah kemungkinan orang yang tiada kelayakan dan hanya mempunyai spm dalam bidang ini? Dan bagaimanakah kami mahu memulakan karier? Maklum balas tuan amat dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya bermula dari sekolah pertukangan seperti IKBN, ILP, ABM mengikut tred yang diminati seperti piping, scaffolding, welding, electrical, blasting/painter dan lain lain.

      Delete